Sunday, January 11, 2009

PUTERA GUNUNG TAHAN




PUTERA GUNUNG TAHAN MERUPAKAN HASIL KARYA PENULIS TERSOHOR, PAK SAKO ATAU NAMA SEBENARNYA, ISHAK HAJI MUHAMMAD YANG JUGA DIKENALI DENGAN NAMA ANWAR, HANTU RAYA, ISAKO SAN, DAN PAK PANDIR MODEN.


PUTERA GUNUNG TAHAN MEMBAWA IDEALISIME PATRIOTISME NASIONALISME YANG MENUNTUT KEPADA SEMANGAT CINTA AKAN TANAH AIR DAN PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN TANAH AIR DARIPADA DIJAJAH OLEH INGGERIS MELALUI WATAK-WATAK YANG SIMBOLIK KEPADA ANAK BUMI MELAYU INI.


MASALAH PENGGUNAAN "OLEH SEBAB" DAN "OLEH KERANA"

Oleh merupakan kata sendi nama. Biasanya selepas kata sendi nama hendaklah diikuti dengan kata nama.

Contoh:

  • Majlis Bicara Bahasa itu dirasmikan oleh Tun Ismail.
  • Pokok bunga mawar itu dirosakkan oleh budak-budak nakal itu.
  • Lukisan itu dilukis olehnya.

Kekata / Frasa selepas ’ oleh’ dalam ayat diatas, iaitu Tun Ismail, budak-budak nakal itu dan nya merupakan kata / frasa nama.

Kekata ’kerana’ merupakan kata hubung. Jadi ’kerana’ tidak boleh diikuti selepas ’oleh’. Jadi tidak boleh wujud ’oleh kerana’.

’Sebab’ boleh menjadi kata hubung dan kata nama.

Contoh ayat:

  • Budak itu menangis sebab dipukul ibunya. (kata hubung)
  • Berikan sebab yang munasabah kelewatan awak hari ini. (kata nama)

Jadi , oleh sebab hendaklah digunakan, bukan oleh kerana. Ayat-ayat contoh yang menggunakan oleh sebab ialah:

Contoh ayat:

  • Oleh sebab tidak mempunyai wang, dia tidak mengikuti wisata ilmu ke Thailand.
  • Oleh sebab sering berlaku kemalangan, jalan itu dijadikan jalan sehala.
  • Dia tidak mengikuti latihan bola sepak oleh sebab hujan.
  • Pemain skuasy itu tewas oleh sebab kurang latihan
  • Dia mendapat keputusan yang cemerlang oleh sebab ketekunannya.
terima kasih Cikgu Naim

Wednesday, May 16, 2007

DI HADAPAN PULAU




Tajuk: Di Hadapan Pulau
Karya: A. Samad Said
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka



Kisah Aziz, anak yatim piatu yang mengimpikan untuk ke pulau yang terletak di hadapan pantai kampungnya. Ayahnya, dulu sebelum meninggal dan Tuk Marzuki kemudiannya, pernah berjanji untuk membawanya ke sana. Khabarnya di sana ada seorang pertapa sedang menuntut dan juga seorang Jakun berkuasa sakti.

Tapi perang pecah, hasrat Aziz terbatal sementara waktu. Perang telah menghambat seluruh penduduk kampung ke shelter ketika siren berombak. Tiada lagi ketenangan di kampung Aziz. Suasana semakin suram, penduduk mula melarikan diri. Perkenalan Aziz dengan Tuan Syed Fikri pula mula mengubah kehidupannya.

Novel ini amat tenang sekali dan tidak tergesa-gesa. Perlahan-lahan kita di bawa dari suasana aman sebelum perang sehinggalah pengeboman mula berlaku. Kita semua akan bersimpati dengan nasib penduduk yang terpaksa mula memikirkan jalan lain untuk mencari sesuap nasi.

Sekali lagi Pak Samad secara bijak berahsia mengenai lokasi sebenar kampung yang menjadi persoalan pokok cerita ini. Aku boleh teka mungkin setting kali ini berlaku di kawasan Port Dickson berdasarkan kem tentera yang disebut-sebut dan Tuk Marzuki yang balik sekejap ke Merlimau untuk mencari bekalan makanan.

Amat mudah dibaca dan penting sebagai rakaman kejadian dan tindakbalas manusia di kala perang. Boleh dibeli melalui pengedar buku DBP yang terpilih. Edisi asal novel ini diterbitkan oleh Pustaka Sistem Pelajaran, 1978.



Posted by mxypltk