Sunday, January 11, 2009

PUTERA GUNUNG TAHAN




PUTERA GUNUNG TAHAN MERUPAKAN HASIL KARYA PENULIS TERSOHOR, PAK SAKO ATAU NAMA SEBENARNYA, ISHAK HAJI MUHAMMAD YANG JUGA DIKENALI DENGAN NAMA ANWAR, HANTU RAYA, ISAKO SAN, DAN PAK PANDIR MODEN.


PUTERA GUNUNG TAHAN MEMBAWA IDEALISIME PATRIOTISME NASIONALISME YANG MENUNTUT KEPADA SEMANGAT CINTA AKAN TANAH AIR DAN PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN TANAH AIR DARIPADA DIJAJAH OLEH INGGERIS MELALUI WATAK-WATAK YANG SIMBOLIK KEPADA ANAK BUMI MELAYU INI.


MASALAH PENGGUNAAN "OLEH SEBAB" DAN "OLEH KERANA"

Oleh merupakan kata sendi nama. Biasanya selepas kata sendi nama hendaklah diikuti dengan kata nama.

Contoh:

  • Majlis Bicara Bahasa itu dirasmikan oleh Tun Ismail.
  • Pokok bunga mawar itu dirosakkan oleh budak-budak nakal itu.
  • Lukisan itu dilukis olehnya.

Kekata / Frasa selepas ’ oleh’ dalam ayat diatas, iaitu Tun Ismail, budak-budak nakal itu dan nya merupakan kata / frasa nama.

Kekata ’kerana’ merupakan kata hubung. Jadi ’kerana’ tidak boleh diikuti selepas ’oleh’. Jadi tidak boleh wujud ’oleh kerana’.

’Sebab’ boleh menjadi kata hubung dan kata nama.

Contoh ayat:

  • Budak itu menangis sebab dipukul ibunya. (kata hubung)
  • Berikan sebab yang munasabah kelewatan awak hari ini. (kata nama)

Jadi , oleh sebab hendaklah digunakan, bukan oleh kerana. Ayat-ayat contoh yang menggunakan oleh sebab ialah:

Contoh ayat:

  • Oleh sebab tidak mempunyai wang, dia tidak mengikuti wisata ilmu ke Thailand.
  • Oleh sebab sering berlaku kemalangan, jalan itu dijadikan jalan sehala.
  • Dia tidak mengikuti latihan bola sepak oleh sebab hujan.
  • Pemain skuasy itu tewas oleh sebab kurang latihan
  • Dia mendapat keputusan yang cemerlang oleh sebab ketekunannya.
terima kasih Cikgu Naim